Friday, November 25, 2011

Teaching in the 21st Century

 Sinopsis Video:

Video ini memberi gambaran tentang cabaran yang bakal dihadapi oleh golongan pendidik atau guru apabila berdepan dengan pelajar abad ke 21 yang sememangnya sangat sinonim dengan perkembangan dunia IT. Kepesatan perkembangan dunia teknologi memungkinkan pengajaran yang bercorak tradisional menjadi begitu membosankan. Justeru golongan pendidik perlu menyedari hakikat transformasi pendidikan bahawa mereka juga perlu berubah seiring dengan perkembangan dunia pendidikan supaya tidak seperti katak dibawah tempurung dan berusaha sedaya upaya untuk memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran sedia ada mereka supaya seiring dengan transformasi dunia pendidikan.

Ict dalam pengajaran Kemahiran Hidup

http://eprints.utm.my/10142/1/Abd._Muezzam_Shah_Bin_Abdullah.pdf
Artikel : PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM


Kajian dijalankan adalah untuk meninjau tahap pengetahuan dan kemahiran ICT sedia ada dalam kalangan guru-guru pelatih semasa mereka menjalani program latihan mengajar. Tinjauan juga dilakukan untuk mengetahui sikap guru pelatih terhadap penggunaan ICT dan masalah-masalah yang wujud dalam penggunaan ICT oleh guru pelatih semasa pengajaran dan pembelajaran.

Article about ICT in Education

http://www.saigontre.com/FDFiles/ICT_in_Education.PDF


Sinopsis tentang artikel.

Laman ini merupakan link kepada sebuah e-book yang bertajuk ICT in Education yang ditulis oleh Victoria  L. Tinio. Buku ini menerangkan tentang definisi dan terminologi berkaitan ICT dalam pendidikan dan penggunaan-penggunaan atau aplikasi ICT dalam pendidikan. Isu-isu yang melibatkan pengajaran menggunakan aplikasi ICT dalam pendidikan dan cabaran menggunakan ICT dalam pendidikan.

Monday, November 21, 2011